CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Isnin, 14 September 2009

17. jom belajar wat tudung raya

Bahan-bahan yang diperlukan untuk wat tudung ekin adalah:

1. kain jersi
2. kain tuk awning
3. plastik koler baju melayu
4. benang
5. gunting
6. kertas minyak


P/S: kalo yang baru belajar tu, sila laa pakai dahulu kertas minyak untuk amik ukuran..takut karang tk jadi lak..huhuhu


ok kita mulakan membuat ukuran tudung dahulu...

(sila *klik* pada pic. untuk melihat dalam paparan pic. yang besar)
lekuk dan lengkungan di buat supaya tudung berkenaan jatuh mengikut badan
ukuran awning
(sori guna pic. awning lain...coz pic. awning yang aku amik, salah angle..takut korang tak paham..so aku guna pic. ni..ukuran ni yang aku guna tuk wat awning) kain yang berwaran coklat tu, adalah kertas minyak...so jgn kompius lak...
sebelum dicantumkan awning dgn kain tudung


jahit awning dan tudung di bahagian dalam tudung

tadaaaa
dari sudut tepi.. :p


dari sudut belakang

selamat mencuba...

Jumaat, 4 September 2009

16. shopping dan berbuka posa

Hari ni aku cuti setengah hari, coz sogo ada member sale tuk 2 hari…aku dh plan ngan lily, nk g kul 7 pagi arghhhh awal giler nk g!!! aku g keja pun kul 8.20 pagi huhuhu…kunun2nya nk datang awal laa takut lambat2 org ramai nt…tp akhirnya kita org sampai kt sana dalam kul 9.00 pagi, sib baik tmpt paking byk yang kosong lagi, aku dh list dh apa nk beli, antaranya kasut dan byk lagi, shopping punya shopping aku jumpe kak liza ngan atie,….ewah2 aku igt aku jee yg cuti, semata2 nk g shopping hari ni, rupe2nya dorg dh sampai sogo pagi2 buta lagi…penuh barang kat tangan atie…haha semangat sungguh atie membeli…pastu aku belek brg punya belek aku jumpe beberapa org UKM yang bershopping sakan kat sini…gamaknya org UKM ni duitnya byk lagi...…setiap tingkat ada jee muka dorg membeli..huhu… wah dah jadi pantun dh ni...ini tanda susah hati...hukhuk..mintak2 bonus najib bagi raya nanti...uwaaaaa duit dah abis membeli.....hukhuk..caner ni raya nt gigit jari..huhuhu
kat sini laa aku jumpe atie ngan kak liza..time ni aku tgh tunggu salesgirl cari saiz kasut aku...

masa ni tk ramai org lagi...kitaorg pun baru sampai..dok usha2 baru...huhu
tp time ni org dh mula ramai...aku apa lagi grab jee apa yg berkenan sbb nk jalan pun dh ssh asik ckp...tumpang lalu...excuse me...letih ar...aku pun nk lik cpt ni nk keja jap lg...


antara barang yang aku beli.....yang lain tk leh tunjuk hehe..nt korang tau brg2 raya aku..hahaha

ptg: aku masuk keja....sekali akak opis aku tny...cane td sempat tk bukak pintu sogo hehehe...aku sengih jee...tp aku ckp laa brg murah2...rugi tk g...amik ko!! bia dorg jeles...huhuhu..

malam: lak...eh silap senja lak aku siap2 nk g berbuka posa kt fakulti, fakulti aku wat majlis berbuka posa huhuhu aku g laaa saja bg support kat dorg yang anjurkan...ramai gk yang hadir...



makan makanan yang ringan dulu....
pastu solat magrib berjemaah
sambung balik makan huhuhu



kak zana, cik ila, kak wati, kak effa dan anak, cik diyana..dan tangan cik jun pegang tembikai...huhuhu








pastu sambung solat ishak dan tarawih...


Sabtu, 29 Ogos 2009

15. regime 4 my hair

This is my regime untuk rambut saya, so kalau nak ikut boleh, kalau tk sesuai, baca jee pastu wat duno..huhuh

1. cuci rambut selang sehari.

2. Dalam sebulan 1 atau 2 kali letak minyak bijan (minyak bijan dipanaskan kemudian lumur pd rambut) pada malam hari dan esok nya basuh seperti biasa, tujuan untuk kilatkan rambut serta kuatkan rambut supaya tidak cpt putus selain itu menghilangkan kelemumur.

3. Jangan cuci rambut m'gunakan air panas. Kalau boleh guna ice lebih baik sebab semakin sejuk, semakin bersinar, (ini untuk cucian harian).

4. Selepas styling yang after hang-out, basuh rambut guna perapi dulu, diikuti dengan shampoo then perapi balik.

5. Selalu lindungi dari matahari. Kalau tengok orang pakai tudung punya rambut, banyak yang sihat (itulah hikmah).

6. Aku jarang letak produk rambut. Sangat jarang.

7. Sejujurnya, aku jarang sikat rambut. Guna sikat bila betul2 perlu.

8. After cuci rambut bia rambut kering sendiri. Jgn sikat! Cuba lihat kalo kita sikat time rambut basah, rambut akan putus dengan cepat, ini kerana masa ini rambut dalam keadaan kesat.

9. Jangan keringkan rambut guna pengering rambut atau tuala secara kasar. Lepas mandi, balut je dengan tuala, then agak-agak dah tak menitik air, buka tuala dan biar ia kering semulajadi atau gunakan kipas.

10. Kalau pakai tudung, jangan semasa rambut basah dan jgn ikat rambut ini menyebabkan rambut menjadi ketak seperti abang rambut ketak kat melodi tu…huhuhu emm kan tak cantikkan?..hehehe

Jumaat, 21 Ogos 2009

14. kenapa kita mengeluh???


Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang. Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum bahagia..... :)

Jumaat, 14 Ogos 2009

13. jamuan konvo dan mesra graduan

jumaat: morning...arghh aku ingatkan pagi ni jam sbb konvo..so aku dh prepair alasan dtg lambat sbb jam!!, sekali tgk bukan arini konvo, tp besok haha padan muka aku..apa lagi sengih ar aku masuk opis..lom panas tmpat duduk kak ros ajak g bilik mesyuarat...ada jamuan dekan banje...huhu..pergh cpt sungguh jamuan start, kul 9 dh mula...aku pun senyum lebar nk g makan...smpi setengah jalan...alamak!! bos aku tk ajak...aku pun balik semula kat opis pgl Dr...sekali bos aku ckp..'tk pelah sy ada meeting' alamak cane leh lupe yg dia ada meeting..arghhh lambat ar aku nk makan ni..uhuh..sampai2 jee dorg dh mula makan..



aku baru smpi...pipi pun merah lagi (blusher...terlebih sudah) ...oh yang comel belakang tu bukan dekan kami...huhuhu ni dekan nya...
antara menunya
mee sup utara

nasi dagang

kuih seri muka dan talam berlauk

ptg: ..sebok tuk persiapan Mesra Graduan ari ahad ni...jamuan tuk raikan pelajar fakulti yang telah tamat belajar...


wira2 di fakulti... meangkat meja...

tumpang minum lor...huhuhu


sabtu: abg ayah aku dtg, rajin sungguh paklong ngan maklong aku dtg...melawat ayah ku, huhu kak siah pun rajin...selalu jee jenguk keluarga kami....aku tak tau laa nt time dorg apakah aku akan rajin menziarahi mereka???huhu..


lihat rumah aku, dh bertukar wajah..dh mcm bilik dah living room aku..katil ngan tilam abih bawak kat luar...sbb ayah aku semenjak sakit ni mmg ssh tido...dari tilam cabok smpi tilam vono..still kul 3 pagi gak ayah aku tido...huhu...sian ayah...

kul 5.30 aku kena g DECTAR sbb nk edarkan borang survey pelajar coz esok sudent FKAB akan konvo..
keadaan dalam DECTAR..


antara yang datang Cik ByT, kak Ani, kak Normah, cik Lin, cik ila dan cik za..posing depan pentas lor...esok nk amik balik borang survey dari student..huhu..tp aku sekarang ni penakut giler ar nk kua umah..jumpe org pun takut..semenjak H1N1 ni...risau!! takut kalo aku kena abis ayah aku pun kena...dah laa paru2 dia tk sabil lg...tulang rusuk pun still sakit...my mom lak dok bising pki mask..pki mask...huhu..harap2 semuanya selamat...amin.

ahad: kul 11.15pg za dah dtg jemput aku kat umah nk g DECTAR...sampai2 jee student dah kua dan org kt dectar ramai giler
luar DECTAR..pastu makan..dan terus balik Fak. sbb ada program mesra graduan
dewan kuliah untuk student mendengar taklimat...

student ngan lec. mula memenuhi dewan

tempat untuk reg. pelajar... muka bosan urusetia hahaha..
pel.2 yang hadir untuk pendaftaran...opss sori now engineer lor...
bajet 700 org yang hadir tp yg dtg 70 orang ....huuhuh so muka bosan tk de keja...org tak ramai lor...
pas mendengar taklimat dan terus turun makan....

makanan jgn ckp laa melambak tk makan..penat bungkus pun still ada lagi makanan yang org tak makan...pening tk tau nk bagi sape...

Khamis, 13 Ogos 2009

12. Renungkan

Tgh usha2 blog org terbaca citer ni..menarik dan cuba renungkan

----------------------------------------------------------

Saya sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life starts at 40.. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan', kata isteriku.. Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih- sengih aje lah I at that time. 'Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!' Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I. Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah. Sebab apa ? Bila mengenangkan umur I yang dah 40+. Let's say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. Memang lah seronok beb. Seronok benda yang kat dalam seluar dalam tu aje lah. Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife. Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siapkan segala gala nya lah. Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa, sukan kegemaran ... semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu ... Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I kan dah tua. Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan ...

Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk. Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota . Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua. Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam. Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu.Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu. Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak. Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu ... Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari ... hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok bola pun tak dapat ....

Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kanbanyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru. Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula. Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu.. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak. Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil (kandah ada experience dengan isteri pertama –bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak) Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka.Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi. haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak. Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun-dua. Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu. Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula. Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I ... lagi haru ... Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kananak dia. Lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kannak straight to the point. Tanya itu ini. Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlinganmata,buat kita dah tak senang duduk. Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu ......

Hish banyak lah lagi. Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah. Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar. Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Bukannya di dalam seluar dalam je. Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula.. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah kita juga, cuai dan mengabaikannya) .


Apa apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah. Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas. Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu. Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni. Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian. Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam nabi. Bab menegakkan benda dalam seluar dalam je nak ikut sunnah. Cuba bab menegakkan agama Islam,masih lagi terkial kial.

Wallahualam.

suami orang-
LU PIKIR LA SENDIRI!!

Khamis, 30 Julai 2009

11. terima kasih saudara ku

Assalamualaikum,

kepada sahabatku,

aku tk tau bagaimana nak aku terangkan bahawa aku amat menghargai kehadiran korang semua melawat ayah ku di hospital...aku berharap agar Allah dapat membalas jasa baik korang semua. terima kasih yang tak terhingga juga kepada yang menanyakan khabar ayah ku serta mendoakan ayah ku cpt sembuh dan sihat...tak silap aku penah mendengar (kalo salah tolong betulkan ye), "sekiranya kita mendoakan sesuatu kebaikan kepada org lain...malaikat akan mendoakan berpuluh2 kebaikan untuk kita pula"...dan itulah yang aku harapkan yang terbaik untuk korang semua..berkat ziarah, doa dan kerisauan korang...hari ini ayah aku beransur pulih dan menunjukan perkembangan yang sihat..(alhamdulillah-syukur kepada Allah ta'ala)......sekarang ni dia cuma menahan kesakitan akibat bahunya yang patah dan rusuknya yang retak... dan aku mempunyai harapan yang tinggi agar ayah aku boleh menjadi waliku masa pernikahan aku nanti...dan korang semua doakanlah kesihatan ayah aku iaitu Mohamed Daud bin Siamat agar sihat fizikal dan mental nya....amin...


:)


terima kasih saudara ku dan aku tak sangka ramai rupenya menyanyangi aku...hanya Allah sahaja membalas JASA korang semua...

Sabtu, 25 Julai 2009

10. Gaji dan Makan

Khamis: yeye..gomen dpt gaji huhu...tunggu apa lagi aku ngan opis mate aku (Safa, Ema dan byT) kua g warta..mall kebanggaan rakyat BBB hehe…pas puas jalan2 singah g McD..makan2 pastu dalam pukul 2.30 balik opis..nasib baik semua bos tk de g meeting, so naik lemak ar…hehe

ni ar warta hahaha, nmpk jee mcm ni tp dalam mcm KLCC tu..hehe


Jumaat: pagi ni kul 9.30 ada ceramah israk & Mikraj di Bilik Fakulti, so igt nk g dgr, tetiba emma YM aku tny nk g makan tk? dan ada citer menarik ni..haha, pa lagi tetiba nk dgr ceramah bertukar menjadi ceramah di café..huhu..pas makan2 kitaorg singgah kat bilik fakulti tgk2 kalo ceramah dh abis ke belom… alhamdulilah ceramah lom abis..time kita org masuk penceramah tu baru cerita tang israk belum masuk part mikraj..so sempat ar dengar..boring sikit penceramah tu mendatar jee tk de lawak…safa siap berdengkur dia dgr ceramah hahaha..sian ibu mengandung tu…sib baik duk belakang…tetiba jee sekian terima kasih..aku tny emma mana Mikrajnya? Emma kata sambung esok2 laa kot..hahaha..pastu makan lagi..org kata rezeki jgn di tolak…time makan tu kitaorg plan nk ke mana? sbb masa rehat panjang..so mcm2la idea yang kua…ada yang nk g Komplek PKNS ada yang nk g avon ada yang nk g makan…pastu terpaksa bwk 2 keter sebab nk g tmpt lain2,

aku naik keter ngan safa


sbb nk g avon, mana tau kot2 ada yg berkenan..mmg ada pun..huhu


pastu drive lagi nk g komplek PKNS tunggu kak ros ngan kak effa..janji nk g makan
kat village View

kak effa ngan safa

kak ros ngan emma...
balik keja lak, mak aku dh tunggu kat luar nk g ziarah pakcik aku yang kena denggi berdarah..huhu..pakcik aku ni mula2 pihak hospital syak terkena H1N1..so satu keluarga di kurantin dirumah, amir siap menyanyi2 kegembiraan kena kurantin sbb 4 hari x g sekolah...haha..aleh2 rupanya kena denggi hahaha so esok nye amir, kakak, ngan koko (aceli dorg ni anak angkat mak aku) bersiap2 ke sekolah...haha

amir bawak buku doremon tuk ayah dia baca..hahaha

sabtu: ada warehouse brg berjenama kat stadium Melawati Shah Alam, aku g laa ngan lily...tk seramai org mcm aku g dulu tp pening gk laa nk pilih barang sbb ada jee org kt tmpt brg...pastu g ampang makan...
kita org pilih restauran kampung thai..lily banje..huhu thanks lily...


ahad: G bangsar village,
jalan2 tgk warehouse united colours benetton..murah2 gak laa..aku beli baju..huhu...
pastu makan kat nandos...dah kenyang balik laa...sbb lily pun ada keja aku lak 2 hari berturut2 asik kua jee...sian parents aku kt umah tu...