CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Sabtu, 29 Ogos 2009

15. regime 4 my hair

This is my regime untuk rambut saya, so kalau nak ikut boleh, kalau tk sesuai, baca jee pastu wat duno..huhuh

1. cuci rambut selang sehari.

2. Dalam sebulan 1 atau 2 kali letak minyak bijan (minyak bijan dipanaskan kemudian lumur pd rambut) pada malam hari dan esok nya basuh seperti biasa, tujuan untuk kilatkan rambut serta kuatkan rambut supaya tidak cpt putus selain itu menghilangkan kelemumur.

3. Jangan cuci rambut m'gunakan air panas. Kalau boleh guna ice lebih baik sebab semakin sejuk, semakin bersinar, (ini untuk cucian harian).

4. Selepas styling yang after hang-out, basuh rambut guna perapi dulu, diikuti dengan shampoo then perapi balik.

5. Selalu lindungi dari matahari. Kalau tengok orang pakai tudung punya rambut, banyak yang sihat (itulah hikmah).

6. Aku jarang letak produk rambut. Sangat jarang.

7. Sejujurnya, aku jarang sikat rambut. Guna sikat bila betul2 perlu.

8. After cuci rambut bia rambut kering sendiri. Jgn sikat! Cuba lihat kalo kita sikat time rambut basah, rambut akan putus dengan cepat, ini kerana masa ini rambut dalam keadaan kesat.

9. Jangan keringkan rambut guna pengering rambut atau tuala secara kasar. Lepas mandi, balut je dengan tuala, then agak-agak dah tak menitik air, buka tuala dan biar ia kering semulajadi atau gunakan kipas.

10. Kalau pakai tudung, jangan semasa rambut basah dan jgn ikat rambut ini menyebabkan rambut menjadi ketak seperti abang rambut ketak kat melodi tu…huhuhu emm kan tak cantikkan?..hehehe

Jumaat, 21 Ogos 2009

14. kenapa kita mengeluh???


Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang. Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya. Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum bahagia..... :)

Jumaat, 14 Ogos 2009

13. jamuan konvo dan mesra graduan

jumaat: morning...arghh aku ingatkan pagi ni jam sbb konvo..so aku dh prepair alasan dtg lambat sbb jam!!, sekali tgk bukan arini konvo, tp besok haha padan muka aku..apa lagi sengih ar aku masuk opis..lom panas tmpat duduk kak ros ajak g bilik mesyuarat...ada jamuan dekan banje...huhu..pergh cpt sungguh jamuan start, kul 9 dh mula...aku pun senyum lebar nk g makan...smpi setengah jalan...alamak!! bos aku tk ajak...aku pun balik semula kat opis pgl Dr...sekali bos aku ckp..'tk pelah sy ada meeting' alamak cane leh lupe yg dia ada meeting..arghhh lambat ar aku nk makan ni..uhuh..sampai2 jee dorg dh mula makan..



aku baru smpi...pipi pun merah lagi (blusher...terlebih sudah) ...oh yang comel belakang tu bukan dekan kami...huhuhu ni dekan nya...
antara menunya
mee sup utara

nasi dagang

kuih seri muka dan talam berlauk

ptg: ..sebok tuk persiapan Mesra Graduan ari ahad ni...jamuan tuk raikan pelajar fakulti yang telah tamat belajar...


wira2 di fakulti... meangkat meja...

tumpang minum lor...huhuhu


sabtu: abg ayah aku dtg, rajin sungguh paklong ngan maklong aku dtg...melawat ayah ku, huhu kak siah pun rajin...selalu jee jenguk keluarga kami....aku tak tau laa nt time dorg apakah aku akan rajin menziarahi mereka???huhu..


lihat rumah aku, dh bertukar wajah..dh mcm bilik dah living room aku..katil ngan tilam abih bawak kat luar...sbb ayah aku semenjak sakit ni mmg ssh tido...dari tilam cabok smpi tilam vono..still kul 3 pagi gak ayah aku tido...huhu...sian ayah...

kul 5.30 aku kena g DECTAR sbb nk edarkan borang survey pelajar coz esok sudent FKAB akan konvo..
keadaan dalam DECTAR..


antara yang datang Cik ByT, kak Ani, kak Normah, cik Lin, cik ila dan cik za..posing depan pentas lor...esok nk amik balik borang survey dari student..huhu..tp aku sekarang ni penakut giler ar nk kua umah..jumpe org pun takut..semenjak H1N1 ni...risau!! takut kalo aku kena abis ayah aku pun kena...dah laa paru2 dia tk sabil lg...tulang rusuk pun still sakit...my mom lak dok bising pki mask..pki mask...huhu..harap2 semuanya selamat...amin.

ahad: kul 11.15pg za dah dtg jemput aku kat umah nk g DECTAR...sampai2 jee student dah kua dan org kt dectar ramai giler
luar DECTAR..pastu makan..dan terus balik Fak. sbb ada program mesra graduan
dewan kuliah untuk student mendengar taklimat...

student ngan lec. mula memenuhi dewan

tempat untuk reg. pelajar... muka bosan urusetia hahaha..
pel.2 yang hadir untuk pendaftaran...opss sori now engineer lor...
bajet 700 org yang hadir tp yg dtg 70 orang ....huuhuh so muka bosan tk de keja...org tak ramai lor...
pas mendengar taklimat dan terus turun makan....

makanan jgn ckp laa melambak tk makan..penat bungkus pun still ada lagi makanan yang org tak makan...pening tk tau nk bagi sape...

Khamis, 13 Ogos 2009

12. Renungkan

Tgh usha2 blog org terbaca citer ni..menarik dan cuba renungkan

----------------------------------------------------------

Saya sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life starts at 40.. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan', kata isteriku.. Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih- sengih aje lah I at that time. 'Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!' Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I. Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah. Sebab apa ? Bila mengenangkan umur I yang dah 40+. Let's say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. Memang lah seronok beb. Seronok benda yang kat dalam seluar dalam tu aje lah. Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife. Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siapkan segala gala nya lah. Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa, sukan kegemaran ... semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu ... Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I kan dah tua. Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan ...

Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk. Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota . Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua. Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam. Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu.Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu. Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak. Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu ... Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari ... hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok bola pun tak dapat ....

Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kanbanyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru. Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula. Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu.. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak. Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil (kandah ada experience dengan isteri pertama –bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak) Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka.Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi. haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak. Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun-dua. Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu. Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula. Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I ... lagi haru ... Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kananak dia. Lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kannak straight to the point. Tanya itu ini. Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlinganmata,buat kita dah tak senang duduk. Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu ......

Hish banyak lah lagi. Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah. Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar. Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Bukannya di dalam seluar dalam je. Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula.. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah kita juga, cuai dan mengabaikannya) .


Apa apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah. Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas. Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu. Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni. Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian. Apa sangatlah kita nih. Macam nabi konon. ye ke? Bab kawin kawin aje nih cam nabi. Bab menegakkan benda dalam seluar dalam je nak ikut sunnah. Cuba bab menegakkan agama Islam,masih lagi terkial kial.

Wallahualam.

suami orang-
LU PIKIR LA SENDIRI!!