CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Ahad, 22 Mei 2011

APAM POLKADOT

Apam palkadot...semenjak 2 menjak ni apam ini sangat femes di tanah melayu...aku pn ari ni dengan semangat yang wajar telah mencuba apam yang dikatakan cantik itu...huhuhu..resepi agak mudah, iaitu bahan2nya:
  • 3 biji telur (di sebabkan aku ni adalah supplier telur itik yang tersohor di UKM so aku pakai telur itik bagi gempak sikit apam aku)
  • 150gm susu segar (fresh milk) . (kat rumah aku tak da fresh milk so aku guna jee susu cair..hahaha resepi ni ikut suka aku jee ni..)
  • 1 sudu teh ovallete
  • 275 gm tepung gandum*
  • 3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum)
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna & Esen Vanilla
  • 200 gm gula halus (boleh kurangkan jika tak suka manis) 


ok mula2: 

Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit. 

kemudian Masukkan susu BERSELANGSELI dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer. Tambah esen vanilla & Ovallette, pukul lagi sehingga sebati dan bila nampak adunan menjadi texture gebu . Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa mata anda.
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih). 

Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan dulang (yang ni aku tk de mangkuk kertas aku pakai  mangkuk apam mak aku jee..malas nk keluar panas2 ni..pakai jee ape yang ada). 


Picitkan blueberry filling secukupnya. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Jangan buka api besar yee kawan2 nanti merekah. untuk filing boleh tukar dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.

 tadaaaaaaaaaaaaaa ni hasil seharian aku buat apam polkadot yang lazaaaaatttt...hahaha
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

pilih yang terbaik....

comel dan sayang nak makan



apam polkadot jenis timbul...hahaha ngerikan...



kat rumah aku sorang jee yang makan apam ni..mak ayah aku gerun tengok warnanya...hahaha

Rabu, 18 Mei 2011

RETIN-A

siapa penah menggunakan retin-a?..sila kembangkan hidung anda....huhuhu..
ye saya sekarang menggunakannya...benda ini  time remaja dulu aku dh gunakan tp disebabkan terpengaruh dengan iklan 'kecantikan itu hak milik setiap insan' so aku pun terjebak  (eh mana pergi iklan tu ye).....bila kulit dh imun aku tukar lak product tempatan lain..kunun2 kosmatik tempatan ni menepati ciri kulit asia..mmg cun ar kulit aku time tu...tp bila stop.. haa...amik ko!! jerawat hidup bergembira di permukaan muka ku..huhu sekarang aku dh tak pki dh product tempatan ni menyakit kan hati aku je...

aku telah balik ke pangkal jalan!!retin-a bukan retina ok!! retin-a untuk muka..sejenis vitamin A dan retina pula mata...huhu..retin-a ni mula2 dia akan keluarkan semua jerawat yg ada dimuka..sesiapa tak tabah jgn guna...skarang ada 3 jerawat sebesar duit lima sen di dahi aku...adoi nk sujud sembahyang pn sakit...tp aku gagahkan jugak sbb aku yakin retin-a ni akan gorgeouskan kulit aku huhu...
fungsi retin-a:

 i) dapat mengeringkan jerawat
ii) dapat mengecilkan pori2 
iii)meyeratakan warna kulit
iv) mengurangkan kedut2 halus
v) menghilangkan parut
vii)menambahkan kolagen 

tapi ingat!! sebelum tu anda kena melalui proses yang membuatkan hati anda bengang dengan product ni:
i) pengelupasan halus berlaku
ii) muka jadi  gelap (sun burn)
iii) jerawat didalam kulit akan keluar bersiar2 di permukaan muka bukan kecik tau dek non, besar2 alam dia kua!!
iv) lubang pori-pori akan terkangkang2 dipermukaan muka
v)  bibir akan kering

jangan risau proses ni hanya mengambil masa sekejap sahaja iaitu 6 bulan...hahahaha..ada berani???

sebenarnya aku sendiri dh hilang sabar dengan product ni.....tp aku pujuk jugak hati aku ...sabar cik ila baru 6 minggu dan dari kajian aku surfing retin-a mmg baik tuk kulit...harap2 time raya nt mulus laa kulit aku!! (sambil berangan melihat cermin ..hukhuk)

p/s: sila minta nasihat pada doktor atau ahli farmasi sebelum menggunakannya