CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Ahad, 22 Mei 2011

APAM POLKADOT

Apam palkadot...semenjak 2 menjak ni apam ini sangat femes di tanah melayu...aku pn ari ni dengan semangat yang wajar telah mencuba apam yang dikatakan cantik itu...huhuhu..resepi agak mudah, iaitu bahan2nya:
  • 3 biji telur (di sebabkan aku ni adalah supplier telur itik yang tersohor di UKM so aku pakai telur itik bagi gempak sikit apam aku)
  • 150gm susu segar (fresh milk) . (kat rumah aku tak da fresh milk so aku guna jee susu cair..hahaha resepi ni ikut suka aku jee ni..)
  • 1 sudu teh ovallete
  • 275 gm tepung gandum*
  • 3 sudu teh baking powder* (diayak bersama tepung gandum)
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna & Esen Vanilla
  • 200 gm gula halus (boleh kurangkan jika tak suka manis) 


ok mula2: 

Pukul telur dan gula hingga kembang dgn kelajuan maxima selama 10 minit. 

kemudian Masukkan susu BERSELANGSELI dengan tepung sedikit demi sedikit sambil pukul perlahan dengan mixer. Tambah esen vanilla & Ovallette, pukul lagi sehingga sebati dan bila nampak adunan menjadi texture gebu . Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa mata anda.
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih). 

Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan dulang (yang ni aku tk de mangkuk kertas aku pakai  mangkuk apam mak aku jee..malas nk keluar panas2 ni..pakai jee ape yang ada). 


Picitkan blueberry filling secukupnya. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Jangan buka api besar yee kawan2 nanti merekah. untuk filing boleh tukar dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.

 tadaaaaaaaaaaaaaa ni hasil seharian aku buat apam polkadot yang lazaaaaatttt...hahaha
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

pilih yang terbaik....

comel dan sayang nak makan



apam polkadot jenis timbul...hahaha ngerikan...



kat rumah aku sorang jee yang makan apam ni..mak ayah aku gerun tengok warnanya...hahaha

4 ulasan:

Asyeida berkata...

hehehe cantik apam..tapi nak tanye mcm maner wat apam timbul??hahaha eida tgk sampai sakit perut gelak,,huhuhu

Mizz LoLa berkata...

yang timbul tu laa yang paling sedap eida....sbb dot2 yang kaler tu dah abis....aku pun ngan kretif letak laa blueberry tu ganti dot2 kaler...tak sangka lak tersembul2 keluarnya...huhuhu

Tanpa Nama berkata...

sme ar gan syer...syer wat jgk..yg makn syer sorang...hahahhaha

Mizz LoLa berkata...

tak pelah janji kita penah buatkan... :)