CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Followers

Khamis, 9 Januari 2014

PERSIAPAN UMRAH

PERSIAPAN - 
UMRAH 

ramai terkejut aku nak pergi umrah..aku pun tk sangka babe aku nak pergi umrah... :D
mula2 agak excited gak nak pergi...tetapi hari demi hari waktu demi waktu aku mula rasa cuak!!
mula pelbagai persoalan mula wujud dalam pemikiran aku!!
cukup ke amal ku? terima ke taubat ku? adakah balasan aku tunggu di sana?
macam2 aku fikir tentang diri ku yang dipenuhi dosa...
sesunggunya aku anak cucu adam yang sentisa melalukan dosa ya Allah... 
tapi mengharapkan sepenuh pengampunan dari Mu. :(

SEBULAN
 nak pergi aku mula beli barang keperluan umrah,  aku mula prepare baca buku, surfing intenat, apa perlu dan ape tak perlu, perkara2 apa yang kena dam,
buat catatan tempat2 mustajab berdoa.  
image PERTAMA ...sampai sana mesti waktu aku dipenuhi dengan amal ibadat...
tiada shopping, tak boleh nak borak2, tak da nak jalan2 atau suka2 :(,
DAN kat sana mesti tk boleh nak buat macam tu...lagrooohh semua tu huhuhu!! 

SEMINGGU
 nak pergi..aku dapat call dari agen yang visa aku tak lepas ada problem kata nya... 
sebab kerajaan arab saudi telah keluarkan peraturan baru kepada anak gadis berusia 40 tahun kebawah perlu bawa mahram, di larang tumpang mahram!! seperti kebiasaan orang buat.

so APA MASALAH AKU??
aku memang pergi dengan mahram???!! ayah kandung aku ikut sekali kot!!
so masalah lagi timbul kena sahkan yang aku ni anak kandung ayah aku!! 
dushhhh...dushhh...dushhh!!! ape laa kejadah ni semua!! tak kan aku nk wat DNA pulak???..
mana sempat!!

 so aku terpaksa laaa turun naik ke JPN buat pengesahan, sampai sana pulak JPN kata tk penah org pergi umrah buat pengesahan macam ni....malu babe!! macam laa aku sorg jee nak pergi umrah huhuhu...tapi sib baik pegawai yg nak sain tu baik hati...siap suruh buat kad pengenalan baru lagi dan printkan aku surat beranak baru....tettt lari tajuk!!

kemudian aku kena pulak pergi Wisma Putra kena cop pengesahan bahawa aku ni nak kesana dengan mahram aku...
so kena g pejabat gomen...apa lagi kena tunggu laaa...macam ko tak tahu tipah, pejabat gomen kan memang macam ni...kesabaran yang tinggi untukmenunggu kena menebal...macamlah aku kerja swastakan??? huhu

MALAM BERTOLAK
double check lagi sekali, takut2 ada barang yang tak bawa nanti
kumpul doa orang yang mengharap aku membacanya di sana.
ubat-ubatan selsema, batuk, sakit tekak, ubat hormon (tahan period), ubat deman dan alegik jangan lupa bawa.
pastu send wish kat FB mintak maaf pada semua org yang aku menyakiti hati mereka.


PAGI NAK BERTOLAK
Pagi2 lagi jiran2 mula datang mengucapkan selamat jalan dan ucapan yang kami harapkan adalah amalan yang kami buat disana di terima olehNYA.
dan mula lah datang cik lola and the geng ke rumah untuk ucapkan selamat jalan...dan ada laa yang pulak nk tambah2 doa...so aku akan cuba baca di tempat2 mustajab, InsyaAllah

MASA BERTOLAK
4.30PM flight akan bertolak dari KLIA ke Colombo...
Kenapa Colombo?? sebab kami kena transit kat sana sehari...
so aktiviti di KLIA just bergambar jee laa...Gerak sikit amik gambar...gerak sikit amik gambar

owh ramai yang tertanya2 nape aku pakai 1sut warna merah???..
korang kenal Irma Hasni??? dia jumpa laki dia..bila laki dia perasan irma pakai selendang merah..
so aku pakai 1 set merah sb senang jodoh aku terus nampak aku....
 tak yah kejap nampak kejap tak hahahaha..:P

COLOMBO
Malaysia dengan Colombo mengambil masa 4 jam. So dalam flight 4 jam tu aku just baca doa yang kawan2 aku bagi dan tulis doa apa yang aku nak kat sana nanti...ofkos lah doa mengenai jodoh di beri penekanan hehehe...
sampai sahaja di colombo,
negara mereka lebih kurang macam pekan koboi tak banyak bangunan yang tinggi. so far kami dapat hotel yang agak selesa tepi laut yang cantik.






haaa nak share satu cerita menarik tentang tentang doa musafir. Semasa aku tengah jalan2 tengok pantai, aku berborak lah dengan seorang pelancong dari Doha...tengah2 borak dia boleh nak jumpa mak aku nak kawen ngan aku...hahaha aku pula terpikir dia ke jodoh aku???
mustajab sangat ni doa musafir...ni belum lagi sampai Mekah hehehe
Tapi di sebabkan kaler dia warna arang2 sikit aku tak berkenan laa kalau putih kapas mau aku pikir jugak hehehe..
dari situ aku rasa mustajab betul doa musafir...betul nabi cakap doa musafir tanpa hijab...
so jangan lupa doa yee kawan2...



Tiada ulasan: